Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua
Pada hari ini, kumpulan kami akan membentangkan tajuk
Akta Pendidikan 1996.
Sesi Soalan - Bantuan SJKT - PAS Kota Raja (22 March 2012)
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJK(T) bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.Jawapan yang selalu kita dengar daripada pihak kerajaan adalah ini kali pertama saya mendengar bahawa Lembaga Sekolah perlu memohon untuk menjadi, menukarkan sekolah yang SBK kepada SK. Saya cuba memahami masalah sekolah Tamil yang selalu dibangkitkan. Dalam kajian saya, saya telah membaca beberapa laporan. Laporan Razak 1996, Laporan Rahman Talib, Laporan Mahathir dan juga cuba memahami Akta Pendidikan 1996.
Apa yang saya dapati adalah bahawa tidak ada satu klausa pun atau tidak ada satu peraturan pun yang mengatakan bahawa sekolah-sekolah bantuan kerajaan ini, sekolah-sekolah SJK(T) ini tidak boleh diberi bantuan penuh sekiranya mereka berada di atas tanah-tanah persendirian. Saya kira selama, kita sudah mengetahui bahawa sebahagian besar 371 buah sekolah ini bukan baru duduk di atas tanah persendirian. Ia sudah hampir 50 tahun lebih kerana dari asal kita ada daripada kita merdeka, 888 buah sekolah Tamil. Tahun 2012 kita tinggal 523 buah. Ada 371 buah lagi sekolah yang duduk di atas tanah-tanah persendirian.
Jadi ini menunjukkan bahawa usaha untuk kalau diberi alasan, antara alasannya tidak memenuhi syarat, duduk di atas tanah bukan persendirian, tanah kerajaan ataupun yang dipunyai oleh sekolah.Selama 50 tahun ini apakah usaha Kerajaan Persekutuan untuk membantu kesemua sekolah Tamil ini untuk mendapatkan tanah sekolah. Kalau itu menjadi salah-satu syarat, mengubah taraf sekolah ini kepada SBK kepada SK. Sekian, Terima kasih.
Apa itu Akta Pendidikan 1996?
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961
- Bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
- Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.
- Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
Perbezaan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996
Perbezaan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996
Tujuan Penggubalan Akta Pendidikan 1996
Tafsiran Akta Pendidikan 1996
13 Bahagian Akta Pendidikan 1996
Kuasa Pentadbiran Pendidikan Malaysia
Surat Iktisas Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996
Proses Pembelajaran Individu di Malaysia
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Penilaian dan Peperiksaan Awam
Pendaftaran Guru
Isu-isu Semasa
Sembilan IPTS dikompaun
Kuching,19 Julai 2012 – sembilan IPTS seluruh negara dikompuan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta IPTS 1996 ( Akta 555).Kebanyakan kompaun dikeluarkan atas kesalahan mengendalikan kursus dan program pengajian yang tidak diiktiraf kerajaan. Kesemua IPTS diharap memberikan kerjasama untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang berkualiti.Bilangan IPTS yang semakin bercambah yang majority pelajar antarabangsa daripada Iran, China dan Indonesia.
Sumber : Utusan Online
Arkib : 20/07/2012
Nama pengarang : Farhana Joni
KPI Mampu Merealisasikan Pendidikan Bertaraf Tinggi
Tujuh strategi dirangka pastikan sub NKRA dicapai. Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) dilaksanakan untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan sesuatu organisasi secara objektif, sekali gus membolehkan rakyat menilai perkhidmatan secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. Diperkenalkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA) yang memberikan tumpuan kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Empat sub NKRA pendidikan ialah prasekolah, literasi dan numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan tawaran baru kepada pengetua atau guru besar.Bagi memastikan sasaran berkenaan dicapai, katanya, kerajaan menetapkan tujuh strategi utama, iaitu;
- Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan;
- Melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan;
- Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah Kementerian Pelajaran, Kemas serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN);
- Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru;Menambah prasekolah di kawasan miskin bandar, luar bandar
dan pedalaman;
- Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan-swasta; dan
- Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.
Sumber : Berita Harian Online
Arkib : 7:27:57 pagi
Nama pengarang : Ahmad Naim Tahir
RUJUKAN:
Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Fajar Bakti Sdn Bhd.
http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf
http://pendidikguru.org/spep2/mod/resource/view.php?id=255
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956
http://www.scribd.com/doc/102278519/AKTA-PELAJARAN-1961
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPImampumerealisasikanpendidikanbertaraftinggi
/Article/artikel
http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20120720/ka_04/Sembilan-IPTS-dikompaun
http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/files/files_4adeafbdaa396.pdf
http://www.youtube.com/watch?v=oTbtAtBsFUA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=OJehD3GWglU
http://www.youtube.com/watch?v=nrduzi9DikQ&feature=related
No comments:
Post a Comment